Tuesday 25 February 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-4 (24 Februari 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "BERSYUKUR DENGAN MAHA PENCIPTA" yang telah disampaikan oleh Pn. Norazmayati binti Kassim, Penolong Pendaftar, Seksyen Prestasi & Inovasi, Jabatan Pendaftar.


Tuesday 18 February 2014

Words of the Week (WOW) Minggu Ke-3 (17 Februari 2014)

Words of the Week minggu ini adalah "BERSYUKUR" dan "BERFIKIRAN KREATIF dan POSITIF" yang telah disampaikan oleh Pn. Lee Fung Kiun, Penolong Pendaftar, Seksyen Governan dan Dasar. Jabatan Pendaftar.


Tuesday 11 February 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu ke-2 (10 Februari 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah 'KERJASAMA' yang telah disampaikan oleh Pn. Jurinah Johnny, Penolong Pendaftar, Seksyen Komunikasi Korporat. Jabatan Pendaftar.


PROGRAM PENGUKUHAN KAKITANGAN JABATAN PENDAFTAR

Pada 8 Februari 2014 yang lalu, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Program Pengukuhan Kakitangan Jabatan Pendaftar yang diadakan di Borneo Paradise, Kinarut. Program yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim diantara kakitangan Jabatan Pendaftar dan ahli keluarga masing-masing.

Majlis turut diserikan juga dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Y.Bhg. Prof. Dr. Shariff Abd Kadir bin Shariff Omang yang mewakili Datuk Naib Canselor.



Wednesday 5 February 2014

Jom Outdoor! Jabatan Pendaftar 2014

Sekitar kemeriahan aktiviti Jom Outdoor! Jabatan Pendaftar yang telah diadakan pada 2 Januari 2014 yang lalu.

"Kesihatan Teras Kecemerlangan"


Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Tahun 2014 Universiti Malaysia Sabah

Pada 2 Januari 2014 (Khamis) yang lalu, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang pertama di Galeri UMS, Aras 3, Bangunan Canselori yang dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah.

Antara intipati ucapan Y.Bhg. Datuk Pendaftar adalah mengingatkan semula hala tuju Jabatan Pendaftar UMS dan meningkatkan lagi kualiti kerja serta peranan yang lebih efektif dalam mencapai misi, visi dan matlamat Jabatan Pendaftar khususnya  pada masa-masa yang mendatang.

Y.Bhg Datuk Pendaftar juga dalam ucapannya menegaskan, kualiti pengurusan majlis harus dipertingkatkan lagi agar lebih cemerlang.

Majlis turut dihadiri oleh Y.Brs. En. No'man Hj. Ahmad, Ketua Jabatan Canselori, Pn. Vina Zahriani, Timb. Pendaftar Kanan Pusat Hubungan Industri, En. Talib Abdullah Shani, Ketua Bahagian Pentadbiran & Governan, En. Awang Suhaizam Bungso, Ketua Bahagian Perundangan Tatatertib, Tuan Hj. Firdaus Abdullah, Timbalan Pendaftar Jabatan Bendahari, En, Effendy Hadis, Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat serta beberapa kakitangan kanan yang turut sama hadir menyerikan majlis.


Tuesday 4 February 2014

WORDS OF THE WEEK (WOW) PEJABAT PENDAFTAR

Pada minggu pertama Februari ini, Pejabat Pendaftar telah menjalankan aktiviti 'Words Of The Week (WOW)' yang telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah. Aktiviti mingguan ini adalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kakitangan di Pejabat Pendaftar agar dapat memberikan hasil kerja yang cemerlang disamping merapatkan silaturrahim di antara kakitangan di pejabat ini.