Thursday 28 August 2014

Hari Berkabung : Hilangnya Sebutir Permata



Tragedi Nahas MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu menyaksikan UMS kehilangan seorang pensyarah yang disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi, rajin dan peramah. Mendiang Ng Shi Ing atau lebih dikenali sebagai 'Miss JC' merupakan salah seorang penumpang malang yang terlibat dalam kejadian nahas MH17 itu. Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)  telah ditugaskan untuk menghadiri persidangan dan membentangkan kertas kerja di Universiti of Antwerp, Belgium.

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan rakan penumpang pesawat MH17 yang terlibat khususnya kepada keluarga mendiang Ng Shi Ing yang pastinya sedang melalui masa-masa sukar pada saat ini.

Semoga Bersemadi Dengan Aman.


Sumber Gambar : Canselori, UMS

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-23 (18 Ogos 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Siti Badrah Abd. Gaus, Setiausaha Pejabat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "YOU NEVER KNOW HOW STRONG YOU ARE UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE.".