Monday 29 September 2014

FIT UMS Terima Sambutan Hangat

Pada 26 September 2014 yang lalu, Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Governan mengadakan Program Kesihatan FIT UMS. Program yang tujuan asalnya untuk menghidupkan budaya hidup sihat itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah.

Acara utama program tersebut adalah mendaki bukit UMS, acara berbasikal serta Explorace selain Senamrobik bagi sesi regangan badan. Program yang dilangsungkan di Foyer Bangunan Canselori ini menerima sambutan yang hangat daripada seluruh warga kakitangan UMS terutamanya kakitangan di Bangunan Canselori.



Tuesday 23 September 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-25 (22 September 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Puan Samsidar Mohd Nurung, Pembantu Tadbir (P/O) Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar dengan WOW "IBARAT MENANAM PADI, LALANG AKAN TUMBUH.. DITANAM PULA LALANG, PADI TAK AKAN TUMBUH.. BEGITULAH JUA APABILA DUNIA YANG DIKEJAR, AKHIRAT TAK AKAN DAPAT.. TAPI BILA DIKEJAR AKHIRAT, DUNIA JUA PASTI DAPAT..".

Sunday 7 September 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-24 (8 September 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Puan Ismaniza Basri, Pembantu Tadbir (P/O) Unit Rekod & Mel Korporat, Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "Bila Memandang Langit, Jangan Lupa Kaki Memijak Bumi. Jika Memandang Kesilapan Orang Lain, Jangan Lupa Kebaikannya Yang Pernah Diberi.".


Tuesday 2 September 2014

Pendaftaran Pelajar Sesi 2014/2015 Berjalan Lancar

Seramai 4,851 pelajar baru telah mendaftar pengajian pada 1 September 2014 bagi sesi 2014/2015 yang menyaksikan seramai 1,992 pelajar berasal dari Sabah, 2,295 pelajar dari Semenanjung Malaysia, 399 pelajar dari Sarawak dan 165 pelajar antarabangsa.

Majlis pendaftaran pelajar baru ini juga turut dihadiri oleh Naib Canselor UMS, Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan universiti.

Kesemua pelajar kemudiannya akan mengikuti aktiviti Minggu Suai Mesra (MSM) selama seminggu bagi memberi persiapan untuk menghadapi  suasana kehidupan sebagai seorang mahasiswa/siswi.

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak universiti adalah seperti Majlis Pengenalan Universiti, Majlis Ikrar dan Aku Janji, Taklimat Universiti, Program=program riadah serta Persembahan Bakat yang akan diadakan pada malam kemuncak MSM nanti.

Sumber Gambar : Bahagian Media dan Citra / Bahagian Perhubungan Korporat





Program 'Jom Sihat Naik Tangga' Beri Kesedaran Kebaikan Naik Tangga

Bermula 25 Ogos 2014, Jabatan Pendaftar telah mengadakan satu program kesihatan yang diberi nama 'Jom Sihat Naik Tangga' sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-57.

Program ini yang diilhamkan oleh Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said adalah bertujuan untuk mengajak warga UMS khususnya di Bangunan Canselori untuk sentiasa mengamalkan hidup sihat sama ada di rumah ataupun di pejabat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh semua jabatan yang terdapat di UMS.

"MERDEKAKAN DIRI DENGAN KESIHATAN"