Tuesday 10 June 2014

'Kenangan Manis' Harus Jadi Intipati Setiap Kakitangan di Jabatan Pendaftar


SELASA, 10 JUN - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar telah diadakan di Galeri UMS, jam 8.30 pagi dan dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar UMS dan Ketua-Ketua Jabatan.


YBhg. Datuk Pendaftar dalam ucapannya mengingatkan kembali kepada semua kakitangan yang hadir tentang pentingnya ketenangan dalam berkerja untuk mendapatkan output yang lebih cemerlang. YBhg. Datuk Pendaftar juga mengingatkan bahawa setiap kenangan manis yang terjadi kepada setiap kakitangan yang menabur bakti di UMS seharusnya menjadi modal untuk berkhidmat dengan lebih mantap dan cemerlang.

 "Sebagai kakitangan UMS, stiap kenangan manis yang terjadi sepanjang perkhidmatan seharusnya menjadi modal untuk kita menjadi lebih cemerlang dan berdedikasi dalam memberi perkhidmatan". Tambah beliau.

Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini juga diserikan dengan kehadiran Cik Emily Singan, bekas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Pendaftar yang menjadi hos untuk slot Perkongsian Ilmu. Beliau yang kini menjalani latihan di Jabatan Penerbangan Awam, Sepang bekongsi kenangan sepanajang beliau berkhidmat di UMS.

Penghargaan kepada kakitangan terbaik bagi bulan April dan Mei turut dilaksanakan dan sebanyak 10 orang kakitangan dari pelbagai Bahagian telah dinobatkan sebagai kakitangan terbaik. Selain itu juga, Cendera kenangan juga diberikan kepada kakitangan yang berpindah jabatan.

Dalam majlis yang sama, E-BULETIN JABATAN PENDAFTAR juga telah dilancarkan. Tujuan utama E-BULETIN ini dilaksanakan adalah bagi menyokong budaya Eco Campus yang diterapkan oleh pihak Universiti yang menginginkan setiap warganya menghargai bumi dan kehijauan alam sekitar.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dengan penerima anugerah bersama YBhg. Datuk Pendaftar dan Ketua-Ketua Jabatan.












No comments:

Post a Comment