Tuesday 27 May 2014

Majlis Perpisahan Dan Penyerahan Tugas Sempena Perpindahan Cik Emily Singan Ke Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)


SELASA - Satu majlis perpisahan dan penyerahan tugas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar pada jam 11.00 pagi  yang mana tujuannya adalah untuk menghargai jasa kakitangan Jabatan Pendaftar yang berdedikasi iaitu Cik Emily Singan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) di Bahagian Pengurusan Maklumat yang akan berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). 



Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat, En. Effendy Hadis dalam ucapannya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan seluruh warga di Pejabat Pendaftar mendoakan beliau terus sukses di jabatan tersebut.

Cik Emily Singan mula berkhidmat di UMS pada 11 Januari 2007 di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) kemudian berpindah ke Jabatan Pendaftar pada 1 Mac 2011. Beliau yang berkemahiran dalam bidang IT turut menyumbang dalam beberapa sistem yang digunapakai oleh UMS seperti e-Cuti, Sistem Laporan Pergerakan Gaji (LPG), Sub Modul Permohonan Kursus Dalaman HRonline. LNPT Bukan Akademik, Sistem Pengesahan Kehadiran Majlis Rasmi dan lain-lain.

Penyerahan tugas kepada En. Mohamad Hamizi Mahmood dilaksanakan dan disaksikan oleh  Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran kakitangan dari Bahagain lain seperti Bahagian Pentadbiran & Governan (BPG) dan Bahagian Perundangan & Tatatertib (BPT) dan upacara pemotongan kek oleh semua kakitangan BPM.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari. - AZM



Seksyen Komunikasi Korporat

Gambar oleh : En. Abdul Jalil Sapli



No comments:

Post a Comment