Monday 21 July 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari Jabatan Pendaftar UMS.


Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan

Seluruh warga Jabatan Pendaftar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah dan seluruh pengunjung Blog Rasmi Jabatan Pendaftar.

Maaf Zahir dan Batin.



Sunday 20 July 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-22 (21 Julai 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Jovinia Liduin, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pentadbiran & Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "ONCE YOU FAILED, DOESN'T MEAN YOU FAIL FOREVER.. KEEP FORWARD AND MOVE ON.".



Tuesday 15 July 2014

Program Serahan Bubur Kacang Jabatan Pendaftar UMS Dapat Sambutan


Pada 14 Julai 2014 yang lalu Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Pendaftar (AKRAP) telah mengadakan Program Serahan Bubur Kacang Sempena Bulan Ramadhan 1435H di laluan keluar pintu gerbang utama Universiti Malaysia Sabah kepada warga UMS.

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-21 (7 Julai 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh En. Asfie Zulhaidi Mahali, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Korporat & Khidmat Pelanggan, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pentadbiran & Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "SETINGGI MANA PUN KITA, SEHEBAT MANA PUN KITA, KITA TETAP SAMA DI SISI TUHAN. SEKALI KITA RIAK, SEKALI KITA TAKBUR, DIA AKAN PERLIHATKAN KEBODOHAN KITA DI MATA MANUSIA LAIN.".



Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-20 (30 Jun 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Fadlina Daud, Pembantu Tadbir (P/O), Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "HARUS BERANI MENCUBA DAN TIDAK BERADA DI TAKUK YANG LAMA.".