Tuesday 15 July 2014

Program Serahan Bubur Kacang Jabatan Pendaftar UMS Dapat Sambutan


Pada 14 Julai 2014 yang lalu Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Pendaftar (AKRAP) telah mengadakan Program Serahan Bubur Kacang Sempena Bulan Ramadhan 1435H di laluan keluar pintu gerbang utama Universiti Malaysia Sabah kepada warga UMS.


Program yang julung kali dijalankan ini mendapat sambutan yang baik daripada warga universiti yang mana pada tujuannya adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara warga UMS dalam menyemarakkan lagi kemuliaan bulan Ramadhan selain menghidupkan budaya bersedekah.

Sebanyak 1000 pek bubur kacang telah diagihkan kepada warga universiti dan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Abdullah Hj. Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah dan diiringi oleh ketua-ketua jabatan dan kakitangan Jabatan Pendaftar.

Program bermula pada jam 3.45 petang dan selesai kira-kira jam 5.00 petang.


© 2014 - Seksyen Komunikasi korporat.
Photo Credit : Asfie Zulhaidi Mahali

No comments:

Post a Comment