Monday 29 September 2014

FIT UMS Terima Sambutan Hangat

Pada 26 September 2014 yang lalu, Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Governan mengadakan Program Kesihatan FIT UMS. Program yang tujuan asalnya untuk menghidupkan budaya hidup sihat itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah.

Acara utama program tersebut adalah mendaki bukit UMS, acara berbasikal serta Explorace selain Senamrobik bagi sesi regangan badan. Program yang dilangsungkan di Foyer Bangunan Canselori ini menerima sambutan yang hangat daripada seluruh warga kakitangan UMS terutamanya kakitangan di Bangunan Canselori.




Program yang dimulakan pada jam 3.30 petang itu turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Y.Bhg. Prof. Dr. Ismail Ali serta ketua-ketua bahagian di Jabatan Pendaftar.

Program selesai kira-kira jam 5.30 petang.
















No comments:

Post a Comment