Wednesday 5 February 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Tahun 2014 Universiti Malaysia Sabah

Pada 2 Januari 2014 (Khamis) yang lalu, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang pertama di Galeri UMS, Aras 3, Bangunan Canselori yang dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah.

Antara intipati ucapan Y.Bhg. Datuk Pendaftar adalah mengingatkan semula hala tuju Jabatan Pendaftar UMS dan meningkatkan lagi kualiti kerja serta peranan yang lebih efektif dalam mencapai misi, visi dan matlamat Jabatan Pendaftar khususnya  pada masa-masa yang mendatang.

Y.Bhg Datuk Pendaftar juga dalam ucapannya menegaskan, kualiti pengurusan majlis harus dipertingkatkan lagi agar lebih cemerlang.

Majlis turut dihadiri oleh Y.Brs. En. No'man Hj. Ahmad, Ketua Jabatan Canselori, Pn. Vina Zahriani, Timb. Pendaftar Kanan Pusat Hubungan Industri, En. Talib Abdullah Shani, Ketua Bahagian Pentadbiran & Governan, En. Awang Suhaizam Bungso, Ketua Bahagian Perundangan Tatatertib, Tuan Hj. Firdaus Abdullah, Timbalan Pendaftar Jabatan Bendahari, En, Effendy Hadis, Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat serta beberapa kakitangan kanan yang turut sama hadir menyerikan majlis.








No comments:

Post a Comment