Monday 29 December 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Sempena Tahun Baharu 2015



Sebagai pembuka kepada tahun baharu 2015, Jabatan Pendaftar akan membuka lembaran baru 2015 dengan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Sempena Tahun Baharu 2015 yang akan diadakan pada 2 Januari 2015 bertenpat di Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori UMS.

Wednesday 5 November 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-29 (3 November 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh En. Ag. Azihar Ag. Tangah, Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Pendaftar dengan WOW 'HARGA DIRI KITA BUKAN DATANG DARIPADA APA YANG KITA LAKUKAN ATAU SIAPA YANG KITA KENAL TETAPI SIAPA SEBENARNNYA DIRI KITA."


Tuesday 28 October 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-28 (27 Oktober 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Erneh Abdul Rahim, Pembantu Tadbir.Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar dengan WOW 'SMALL MOVE, BIG CHANGE. USING MICRORESOLUTIONS TO TRANSFORM YOUR LIFE PERMANENTLY."



Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-27 (20 Oktober 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh En. Faizie Dinin, Pembantu Tadbir.Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar dengan WOW 'SEMULIA-MULIA MANUSIA IALAH ORANG YANG MAMPU MERENDAH DIRI KETIKA BERKEDUDUKAN TINGGI, MEMAAFKAN KETIKA BERDAYA MEMBALAS DAN BERSIKAP ADIL KETIKA KUAT."


".

Friday 24 October 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar (September 2014)


Buat julung-julung kalinya, Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar bagi bulan September 2014 telah diadakan di De' Sireh, Bangunan Canselori. Universiti Malaysia Sabah. upacara yang menjadi acara bulanan ini telah dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said \, Pendaftar serta ketua-ketua bahagian dan kakitangan Jabatan Pendaftar.

Thursday 23 October 2014

Jom Santai BPG Meriah



Pada 18 Oktober 2014 yang lalu, Program Jom Santai anjuran Bahagian Pentadbiran Governan (BPG) telah diadakan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu. Program yang bermula sekitar jam 7.00 pagi itu telah dihadiri oleh kakitangan-kakitangan BPG sendiri selain beberapa kakitangan dari bahagian lain serta ketua-ketua bahagian.

Wednesday 15 October 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-26 (13 Oktober 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh En. Nor Hisham Hassan Sakul, Pelajar Latihan Industri, Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "WALAUPUN JATUH KALI KE 999, BANGUNLAH UNTUK KALI KE 1000..".



Thursday 9 October 2014

BPG Bakal Anjurkan Program Jom Santai


Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG) di bawah Seksyen Pentadbiran akan mengadakan Program 'Jom Santai' untuk kakitangan serta ahli keluarga BPG pada 18 Oktober 2014 (Sabtu) bertempat di Taman Awam Teluk Likas. Kota Kinabalu.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada para kakitangan BPG untuk beristirehat sambil mengeratkan silaturahim di antara  kakitangan serta ahli keluarga.

Selain daripada acara santai, program ini juga bakal menyediakan beberapa aktiviti sihat seperti berbasikal, jogging dan bola sepak pantai.

Monday 29 September 2014

FIT UMS Terima Sambutan Hangat

Pada 26 September 2014 yang lalu, Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Governan mengadakan Program Kesihatan FIT UMS. Program yang tujuan asalnya untuk menghidupkan budaya hidup sihat itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar, Universiti Malaysia Sabah.

Acara utama program tersebut adalah mendaki bukit UMS, acara berbasikal serta Explorace selain Senamrobik bagi sesi regangan badan. Program yang dilangsungkan di Foyer Bangunan Canselori ini menerima sambutan yang hangat daripada seluruh warga kakitangan UMS terutamanya kakitangan di Bangunan Canselori.



Tuesday 23 September 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-25 (22 September 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Puan Samsidar Mohd Nurung, Pembantu Tadbir (P/O) Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar dengan WOW "IBARAT MENANAM PADI, LALANG AKAN TUMBUH.. DITANAM PULA LALANG, PADI TAK AKAN TUMBUH.. BEGITULAH JUA APABILA DUNIA YANG DIKEJAR, AKHIRAT TAK AKAN DAPAT.. TAPI BILA DIKEJAR AKHIRAT, DUNIA JUA PASTI DAPAT..".

Sunday 7 September 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-24 (8 September 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Puan Ismaniza Basri, Pembantu Tadbir (P/O) Unit Rekod & Mel Korporat, Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "Bila Memandang Langit, Jangan Lupa Kaki Memijak Bumi. Jika Memandang Kesilapan Orang Lain, Jangan Lupa Kebaikannya Yang Pernah Diberi.".


Tuesday 2 September 2014

Pendaftaran Pelajar Sesi 2014/2015 Berjalan Lancar

Seramai 4,851 pelajar baru telah mendaftar pengajian pada 1 September 2014 bagi sesi 2014/2015 yang menyaksikan seramai 1,992 pelajar berasal dari Sabah, 2,295 pelajar dari Semenanjung Malaysia, 399 pelajar dari Sarawak dan 165 pelajar antarabangsa.

Majlis pendaftaran pelajar baru ini juga turut dihadiri oleh Naib Canselor UMS, Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Ismail Ali serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan universiti.

Kesemua pelajar kemudiannya akan mengikuti aktiviti Minggu Suai Mesra (MSM) selama seminggu bagi memberi persiapan untuk menghadapi  suasana kehidupan sebagai seorang mahasiswa/siswi.

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak universiti adalah seperti Majlis Pengenalan Universiti, Majlis Ikrar dan Aku Janji, Taklimat Universiti, Program=program riadah serta Persembahan Bakat yang akan diadakan pada malam kemuncak MSM nanti.

Sumber Gambar : Bahagian Media dan Citra / Bahagian Perhubungan Korporat





Program 'Jom Sihat Naik Tangga' Beri Kesedaran Kebaikan Naik Tangga

Bermula 25 Ogos 2014, Jabatan Pendaftar telah mengadakan satu program kesihatan yang diberi nama 'Jom Sihat Naik Tangga' sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-57.

Program ini yang diilhamkan oleh Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said adalah bertujuan untuk mengajak warga UMS khususnya di Bangunan Canselori untuk sentiasa mengamalkan hidup sihat sama ada di rumah ataupun di pejabat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh semua jabatan yang terdapat di UMS.

"MERDEKAKAN DIRI DENGAN KESIHATAN"




Thursday 28 August 2014

Hari Berkabung : Hilangnya Sebutir Permata



Tragedi Nahas MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu menyaksikan UMS kehilangan seorang pensyarah yang disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi, rajin dan peramah. Mendiang Ng Shi Ing atau lebih dikenali sebagai 'Miss JC' merupakan salah seorang penumpang malang yang terlibat dalam kejadian nahas MH17 itu. Beliau yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)  telah ditugaskan untuk menghadiri persidangan dan membentangkan kertas kerja di Universiti of Antwerp, Belgium.

Seluruh warga Jabatan Pendaftar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan rakan penumpang pesawat MH17 yang terlibat khususnya kepada keluarga mendiang Ng Shi Ing yang pastinya sedang melalui masa-masa sukar pada saat ini.

Semoga Bersemadi Dengan Aman.


Sumber Gambar : Canselori, UMS

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-23 (18 Ogos 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Siti Badrah Abd. Gaus, Setiausaha Pejabat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "YOU NEVER KNOW HOW STRONG YOU ARE UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE.".



Monday 21 July 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari Jabatan Pendaftar UMS.


Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan

Seluruh warga Jabatan Pendaftar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah dan seluruh pengunjung Blog Rasmi Jabatan Pendaftar.

Maaf Zahir dan Batin.



Sunday 20 July 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-22 (21 Julai 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Jovinia Liduin, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Pentadbiran & Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "ONCE YOU FAILED, DOESN'T MEAN YOU FAIL FOREVER.. KEEP FORWARD AND MOVE ON.".



Tuesday 15 July 2014

Program Serahan Bubur Kacang Jabatan Pendaftar UMS Dapat Sambutan


Pada 14 Julai 2014 yang lalu Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Pendaftar (AKRAP) telah mengadakan Program Serahan Bubur Kacang Sempena Bulan Ramadhan 1435H di laluan keluar pintu gerbang utama Universiti Malaysia Sabah kepada warga UMS.

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-21 (7 Julai 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh En. Asfie Zulhaidi Mahali, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Korporat & Khidmat Pelanggan, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pentadbiran & Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "SETINGGI MANA PUN KITA, SEHEBAT MANA PUN KITA, KITA TETAP SAMA DI SISI TUHAN. SEKALI KITA RIAK, SEKALI KITA TAKBUR, DIA AKAN PERLIHATKAN KEBODOHAN KITA DI MATA MANUSIA LAIN.".



Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-20 (30 Jun 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Fadlina Daud, Pembantu Tadbir (P/O), Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "HARUS BERANI MENCUBA DAN TIDAK BERADA DI TAKUK YANG LAMA.".


Monday 23 June 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-19 (23 Jun 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Farazillah Amin, Pembantu Tadbir (P/O), Seksyen Prestasi & Inovasi, Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "SEMUA PERKARA ADALAH BERUNSUR KEBAIKAN, TERPULANG KEPADA DIRI UNTUK BERBUAT BAIK ATAU BERLAKU BURUK..".



Tuesday 10 June 2014

'Kenangan Manis' Harus Jadi Intipati Setiap Kakitangan di Jabatan Pendaftar


SELASA, 10 JUN - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar telah diadakan di Galeri UMS, jam 8.30 pagi dan dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar UMS dan Ketua-Ketua Jabatan.

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-18 (9 Jun 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Pn. Ngatni Ontong, Pembantu Tadbir (P/O), Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "SEGALA MASALAH YANG MENDATANG HARUS DIHADAPI DENGAN SABAR DAN POSITIF..".



Sunday 1 June 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-17 (2 Jun 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Illani Kifli, Pembantu Tadbir (P/O), Seksyen Governan & Dasar, Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar dengan WOW "IKHLAS DALAM PEKERJAAN" dan "BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA..".



Tuesday 27 May 2014

Majlis Perpisahan Dan Penyerahan Tugas Sempena Perpindahan Cik Emily Singan Ke Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)


SELASA - Satu majlis perpisahan dan penyerahan tugas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar pada jam 11.00 pagi  yang mana tujuannya adalah untuk menghargai jasa kakitangan Jabatan Pendaftar yang berdedikasi iaitu Cik Emily Singan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) di Bahagian Pengurusan Maklumat yang akan berkhidmat di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). 

Monday 26 May 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-16 (26 Mei 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh En. Abdul Jalil Sapli, Pembantu Tadbir (P/O), Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "BIAR KITA ORANG BIASA, TETAPI BERFIKIRLAH DI LUAR KEBIASAAN KITA.."



Sunday 18 May 2014

Program Pembangunan Profesional Kakitangan UMS


Sila layari  Kalendar Latihan Tahunan 2014 di bawah untuk senarai dan permohonan kursus dalaman anjuran Jabatan Pendaftar.

KALENDAR LATIHAN TAHUNAN 2014


KHAMIS, 15 MEI - Merobah budaya kerja bermula dengan niat yang ikhlas ke arah  mencorak pemikiran bijaksana serta matang dalam menilai dan membuat keputusan.

Demikian ujar Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UMS 2013 di Dewan Kuliah Pusat 2.

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-15 (19 Mei 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini telah disampaikan oleh Cik Emily Singan. Penolong Prgawai Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar dengan WOW "IN ORDER TO SEND THE RIGHT MESSAGE, BE THE RIGHT MESSENGGER."



Thursday 8 May 2014

43 Pegawai Pengelas Dokumen Rahsia Rasmi Dilantik



KHAMIS, 8 MEI – Seramai 43 orang kakitangan daripada pelbagai Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Unit di UMS telah mendapat pelantikan sebagai Pegawai Pengelas Dokumen Rahsia Rasmi secara rasminya pada hari ini.

Pelantikan tersebut berlangsung pada satu majlis kursus pegawai pengelas dan penyerahan sijil pelantikan kepada pegawai-pegawai di Galeri Majlis.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UMS 2013

Satu majlis bagi menghargai jasa dan komitmen para kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diadakan pada 15 Mei 2014 (Khamis) ini bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2,UMS pada jam 8.30 pagi.

Sunday 4 May 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-14 (5 Mei 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "POSITIF" yang telah disampaikan oleh Cik Suriani Muhtar. Pembantu Tadbir (P/O), Unit Pentadbiran dan Kewangan. Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar.




Tuesday 29 April 2014

UMS Wujud Unit Integriti Bantu Capai Sifar Kes Tatatertib


SELASA, 29 APRIL – Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah telah mengumumkan penubuhan Unit Integriti di UMS semalam.

Jelasnya, unit ini akan memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh dengan pelaksanaan enam fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengesanan dan pengesahan, pengurusan aduan, pematuhan dan tatatertib.

“Sepanjang tahun lalu, dua kes atas tindakan kesalahan tatatertib direkodkan dan sehingga April tahun ini satu kes direkodkan. Justeru, inisiatif penubuhan unit ini membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam."

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-13 (28 April 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "KE ARAH PEKERJA BERKUALITI & PRODUKTIF" yang telah disampaikan oleh En. Talib Abdullah Shani, Ketua, Bahagian Pentadbiran dan Governan. Jabatan Pendaftar.



Sunday 20 April 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-12 (21 April 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "TRANSFORMASI" yang telah disampaikan oleh En. Mohd Zamrie Musa, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Sektor Pengurusan Aplikasi, Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar.



Tuesday 15 April 2014

"Jom Masuk U" Well Received By Students and Parents


SATURDAY, 12 APRIL - More than 10,000 people thronged the 10th edition of the Higher Education Carnival "Jom Masuk U" organised by the Ministry of Education Malaysia which started today.  Thousands of secondary school students including their parents and teachers visited the 50 booths occupied by all the public and private higher learning institutions in the country set up for this event.

This is an outreach programme of the Education Ministry which made its debut in 2005 and has since become their signature programme.

The carnival was organised to provide higher education information under one roof for the benefit of the public especially secondary school students.

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-11 (14 April 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "PATATAPAN NOPO GINAWO" yang membawa maksud "Tetapkan Hati Dalam Melakukan Sesuatu Perkara" yang telah disampaikan oleh En. Lawrence Dussek, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Seksyen Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG). Jabatan Pendaftar.



Wednesday 9 April 2014

Karnival Jom Masuk U! anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia

Karnival Jom Masuk U! anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan di One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu pada 12 - 13 April 2014 ini.


Monday 7 April 2014

Jabatan Pendaftar Pupuk Nilai Integriti Dalam Kalangan Warga Kampus


JUMAAT, 28 MAC – Bahagian Pentadbiran dan Governan Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mempergiatkan usaha memupuk budaya integriti dalam kalangan kakitangan universiti.
 
Sehubungan itu, jabatan berkenaan telah menganjurkan satu bengkel Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti (PIOB) baru-baru ini yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Institut Integriti Malaysia, Harisham Ibrahim.
 
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanan Bulan Integriti UMS, Talib Abdullah Shani, bengkel tersebut bertujuan memupuk budaya integriti dalam kalangan penjawat awam khususnya kakitangan UMS selain memberi pendedahan mengenai peri pentingnya integriti dalam sesebuah organisasi.
 

Jabatan Pendaftar Raih Pengiktirafan Amalan 5S


SELASA, 25 MAC - Sebagai salah sebuah organisasi penting di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pendaftar sentiasa memastikan kecemerlangan kualiti dan hasil kerja para kakitangannya.

Terbaru, jabatan itu menerima pengiktirafan amalan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) atas usaha para kakitangannya memastikan susun atur serta kekemasan menjadi amalan seharian mereka.

Sunday 6 April 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-10 (7 April 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "JANGAN TINGGIKAN SUARA, PERBAIKI KOMUNIKASI, JANGAN TAKUT MENERIMA KEGAGALAN DAN SENTIASA MERENDAH DIRI" yang telah disampaikan oleh Cik Mary Rachael Rebeiro, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Seksyen Prestasi dan Inovasi. Jabatan Pendaftar.



Thursday 3 April 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-9 (31 Mac 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "BERANI MENCUBA SESUATU YANG BARU, JANGAN TAKUT PADA KEGAGALAN, BERFIKIR DILUAR KOTAK DAN BUDAYAKAN DISIPLIN MASA" yang telah disampaikan oleh En. Effendy Hadis, Ketua, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendaftar.



Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-8 (24 Mac 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "AMBIL TAHU" yang telah disampaikan oleh En. Alimin Awang Ali, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi), Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar.



Wednesday 19 March 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-7 (17 Mac 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "BERSABAR" yang telah disampaikan oleh En. Mohd Azwan Alleh, Pegawai Teknologi Maklumat, Sektor Pengurusan Aplikasi, Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendaftar.




Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-6 (10 Mac 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "BERFIKIRAN POSITIF" yang telah disampaikan oleh Pn. Norazah Hamzah, Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar.


Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-5 (03 Mac 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "JANGAN BERPRASANGKA BURUK DENGAN ORANG LAIN" yang telah disampaikan oleh Pn.  Marshilla Nilus, Penolong Pendaftar, Seksyen Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran Governan, Jabatan Pendaftar.



Thursday 6 March 2014

Majlis Konvokesyen Komemoratif Penganugerahan Ijazah Kehormat Kepada Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste

Sukacita dimaklumkan bahawa UMS akan melaksanakan majlis tersebut di atas pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 2 April 2014 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Canselor, UMS

Majlis Konvokesyen Komemoratif Penganugerahan Ijazah Kehormat Kepada Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah Oleh Universiti Of Wolverhampton

Sukacita dimaklumkan bahawa UMS akan melaksanakan majlis tersebut di atas pada ketetapan seperti berikut.

Tarikh : 18 Mac 2014 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Canselor, UMS

Wednesday 5 March 2014

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah Bil. 2/2014 Kali Ke-59

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah Bil. 2/2014 Kali Ke-59 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 13 Mac 2014
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif (BMLE) Aras 6, Blok Selatan, Bangunan Canselori. UMS


Mesyuarat akan dipengerusikan oleh YABhg. Tun Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS.

Sunday 2 March 2014

Ceramah Perdana Oleh YABhg. Dato' Seri Tun Zaki bin Tun Azmi

Ceramah Perdana Oleh YABhg. Dato' Seri Tun Zaki bin Tun Azmi Sempena Sambutan  Bulan Integriti Universiti Malaysia Sabah Kali Ke-4 Tahun 2014 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 13 Mac 2014 (Khamis)
Masa     : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni

Tajuk    : "Warga Berintegriti, Universiti Berkualiti"


Tuesday 25 February 2014

Words Of The Week (WOW) Minggu Ke-4 (24 Februari 2014)

Words Of The Week (WOW) minggu ini adalah "BERSYUKUR DENGAN MAHA PENCIPTA" yang telah disampaikan oleh Pn. Norazmayati binti Kassim, Penolong Pendaftar, Seksyen Prestasi & Inovasi, Jabatan Pendaftar.


Tuesday 18 February 2014

Words of the Week (WOW) Minggu Ke-3 (17 Februari 2014)

Words of the Week minggu ini adalah "BERSYUKUR" dan "BERFIKIRAN KREATIF dan POSITIF" yang telah disampaikan oleh Pn. Lee Fung Kiun, Penolong Pendaftar, Seksyen Governan dan Dasar. Jabatan Pendaftar.