Wednesday 28 January 2015

Program Team Building Jabatan Pendaftar 2015



Warga Jabatan Pendaftar adalah dijemput untuk menyertai Team building Jabatan Pendaftar di White Water Rafting Kiulu pada 1 Februari 2015 ini.

Jumpa anda disana!

p/s: Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Samsidar Mohd. Nurung di talian 1082

Sunday 25 January 2015

WORDS OF THE WEEK (Minggu Ke 3 | 26 Januari 2015)

Aktiviti Words Of The Week (WOW) kali ini telah oleh disampaikan oleh Pn. Jurinah Johnny, Penolong Pendaftar Seksyen Sekretariat, Bahagian Pentadbiran & Governan. Jabatan Pendaftar  dengan WOW beliau "Key to Success; Motivasion, Inspiration, Leadership, Vision and Innovation."

Tuesday 20 January 2015

WORDS OF THE WEEK 2015 (Minggu ke-2 | 19 Januari 2015)

Aktiviti Words Of The Week (WOW) kali ini telah oleh disampaikan oleh En. En. Effendy Hadis, Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat. Jabatan Pendaftar  dengan WOW beliau "There are two option of being FEAR in life, either you choose to FORGET EVERYTHING AND RUN or FACING EVERYTHING AND RISE."



Monday 19 January 2015

WORDS OF THE WEEK (Minggu Ke 1 - 5 Januari 2015)

Aktiviti Words Of The Week (WOW) diteruskan lagi sempena tahun baharu 2015 dengan dimulakan oleh disampaikan oleh En. Talib Abdullah Shani, Ketua Bahagian Pentadbiran & Governan. Jabatan Pendaftar  dengan WOW beliau seperti di bawah.


Tuesday 13 January 2015

Program Team Building Jabatan Pendaftar 2015 di White Water Rafting Kiulu



Semua kakitangan Jabatan Pendaftar adalah dijemput untuk menyertai Program Team Building Jabatan Pendaftar 2015 di White Water Rafting Kiulu oada 24 Januari 2015 (Sabtu).

Sila hubungi Pn. Samsidar Mohd. Nurung di talian EXT. 1082 untuk pengesahan kehadiran.

"Membina Semangat Kerja Berpasukan dan Ketahanan Diri."


Monday 5 January 2015

Sekalung Tahniah



Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi ULink Property Sdn Bhd.

Sunday 4 January 2015

KeSAH Pemangkin Kredibiliti Penjawat Awam di UMS



2 Januari 2015 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar sempena tahun baharu 2015 yang diadakan di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS adalah merupakan sebagai aktiviti pembuka kepada tahun 2015 yang baru menjelma tiba. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (A&A) YBrs. Prof. Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang Al-Haj, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) YBrs. Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan kakitangan-kakitangan dari pelbagai jabatan.

Pendaftar, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said dalam ucaptamanya berkata, untuk memastikan UMS terus maju ke hadapan kakitangannya haruslah mempunyai nilai-nilai jati diri serta komitmen yang jitu. Sehubungan itu, beliau mengesyorkan kakitangan UMS agar menjadikan KeSAH sebagai budaya dalam melaksanakan tugas seharian.

KeSAH yang membawa maksud ilmu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills), ahlak (attitude) dan kesihatan (health) adalah satu mekanisma yang mampu membawa seseorang itu terus maju dalam perkhidmatan serta menwujudkan budaya sihat dalam kehidupan seharian.

Beliau mengambil contoh daripada pelantikan CEO Malaysia Airlines yang baharu iaitu Sir Christoph Mueller. Walaupun baru berusia 47 tahun tetapi di atas kebolehan serta kebijakannya yang diakui dunia telah menjadikan beliau seorang yang berjaya.

Selain Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Pendaftar juga telah mengadakan program kesihatan Jom Outdoor (UMS Peak) pada sebelah petang. Pada acara petang itu, Datuk Pendaftar juga telah melancarkan Gazebo Pendaftar yang akan dibina di UMS Peak sebagai tempat istirehat bagi warga UMS yang mendaki UMS Peak.

Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut diadakan sejurus selepas pendakian ke UMS Peak.