Sunday 18 May 2014



KHAMIS, 15 MEI - Merobah budaya kerja bermula dengan niat yang ikhlas ke arah  mencorak pemikiran bijaksana serta matang dalam menilai dan membuat keputusan.

Demikian ujar Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UMS 2013 di Dewan Kuliah Pusat 2.


Mengambil contoh kehidupan masayarakat Jepun beliau berkata, suami di negara tersebut yang balik awal akan dimarahi isterinya kerana sikap disifatkan malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam kerja  sekali gus menjejaskan mata pencarian rezeki keluarga.
“Di manakah kita sekiranya berada dalam kalangan orang Jepun ini? Ini menjadi persoalan bagaimana caranya untuk merobah budaya kerja warga UMS,” tegas Datuk Dr. Harun.
Perubahan tersebut katanya, harus bermula daripada ketua jabatan yang menjadi contoh kepada pekerja dalam menerapkan sikap-sikap positif.
Pada majlis tersebut, seramai 1,801 warga UMS telah menerima anugerah, terdiri daripada 212 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 1,452 Anugerah Perkhidmatan Terpuji, 101 Anugerah Jasa Bakti, 33 Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang, dan 3 Anugerah Jasamu Dikenang. -MA-

Sumber:

Gambar: Ernest Berinus
Bahagian Media dan Citra
Jabatan Canselori

No comments:

Post a Comment