Friday 24 October 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar (September 2014)


Buat julung-julung kalinya, Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar bagi bulan September 2014 telah diadakan di De' Sireh, Bangunan Canselori. Universiti Malaysia Sabah. upacara yang menjadi acara bulanan ini telah dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Abdullah Hj. Mohd Said \, Pendaftar serta ketua-ketua bahagian dan kakitangan Jabatan Pendaftar.



Dalam intipati ucapannya, beliau kembali menegaskan tentang kepentingan bekerja dengan ikhlas dan amanah dalam sesebuah organisasi kerajaan. Tambah beliau lagi, setiap kakitangan adalah nadi kepada sesuatu kejayaan sebuah organisasi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kembali bahawa setiap kakitangan harus sentiasa bersyukur dan bergembira di atas segala nikmat yang diperolehi kerana dari sifat positif itu akan terlahirnya seorang kakitangan yang berdedikasi, sentiasa memajukan diri dan akan terus amanah dalam setiap arahan.

Majlis turut diserikan dengan Majlis Perkongsian Ilmu yang telah disampaikan oleh Cik Harniwati Ahmad Ali, Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Jabatan Pendaftar.

Y.Bhg. Datuk Pendaftar juga turut menyampaikan sijil kepada kakitangan-kakitangan yang telah dicalonkan sebagai Kakitangan Terbaik dan turut menyampaikan hamper kepada pemenang Pertandingan Zon Terbaik dalam pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan Pendaftar.

Majlis selesai kira-kira jam 11.00 pagi.


© 2014 - Seksyen Komunikasi

Sumber Gambar : Asfie Zulhaidi Mahali













No comments:

Post a Comment