Sunday 4 January 2015

KeSAH Pemangkin Kredibiliti Penjawat Awam di UMS



2 Januari 2015 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar sempena tahun baharu 2015 yang diadakan di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS adalah merupakan sebagai aktiviti pembuka kepada tahun 2015 yang baru menjelma tiba. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (A&A) YBrs. Prof. Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang Al-Haj, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) YBrs. Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan kakitangan-kakitangan dari pelbagai jabatan.

Pendaftar, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said dalam ucaptamanya berkata, untuk memastikan UMS terus maju ke hadapan kakitangannya haruslah mempunyai nilai-nilai jati diri serta komitmen yang jitu. Sehubungan itu, beliau mengesyorkan kakitangan UMS agar menjadikan KeSAH sebagai budaya dalam melaksanakan tugas seharian.

KeSAH yang membawa maksud ilmu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills), ahlak (attitude) dan kesihatan (health) adalah satu mekanisma yang mampu membawa seseorang itu terus maju dalam perkhidmatan serta menwujudkan budaya sihat dalam kehidupan seharian.

Beliau mengambil contoh daripada pelantikan CEO Malaysia Airlines yang baharu iaitu Sir Christoph Mueller. Walaupun baru berusia 47 tahun tetapi di atas kebolehan serta kebijakannya yang diakui dunia telah menjadikan beliau seorang yang berjaya.

Selain Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Pendaftar juga telah mengadakan program kesihatan Jom Outdoor (UMS Peak) pada sebelah petang. Pada acara petang itu, Datuk Pendaftar juga telah melancarkan Gazebo Pendaftar yang akan dibina di UMS Peak sebagai tempat istirehat bagi warga UMS yang mendaki UMS Peak.

Selain itu, acara cabutan bertuah juga turut diadakan sejurus selepas pendakian ke UMS Peak.

No comments:

Post a Comment