Monday 2 February 2015

White Water Rafting Bina Semangat Kerjasama Sepasukan



Pada 1 Februari 2015, Jabatan Pendaftar melalui kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pentadbiran Governan telah menganjurkan program kesihatan kendiri: Team Building Jabatan Pendaftar 2015 di White Water Rafting. Kiulu dan telah dirasmikan oleh Pemangku Pendaftar, YBrs. En. No'man Hj. Ahmad.


“Program seumpama ini merupakan salah satu cara untuk kita membentuk jati diri, semangat setia kawan dan seterusnya memupuk semangat kerjasama dikalangan kakitangan selain mendapat kesempatan untuk beramah mesra di antara kita.” Ujar YBrs. En. No’man Hj. Ahmad dalam ucapan alu-aluannya.

Program ini telah melibatkan seramai 80 orang kakitangan daripada ke semua enam (6) bahagian utama Jabatan Pendaftar.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi ruang kepada kakitangan Jabatan Pendaftar untuk melakukan aktiviti bersama dan saling mengenali antara satu sama lain dalam mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan.

Selain itu, program ini juga dapat menyemarakkan semangat kerjasama, menanam nilai-nilai murni dan lebih utama dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dikalangan kakitangan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

Turut hadir En. Effendy Hadis Ketua Bahagian Pengurusan Maklumat selaku pengerusi jawatankuasa program, En. Talib Abdullah Shani Ketua Bahagian Pentadbiran & Governan, En. Awang Suhaizam Bungso Ketua Bahagian Perundangan & Integriti dan Lt. Kol. Abdul Talib Arifin Ketua Bahagian Keselamatan.

















Kredit Photo : Asfie Zulhaidi Mahali

No comments:

Post a Comment