Monday 29 December 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Sempena Tahun Baharu 2015



Sebagai pembuka kepada tahun baharu 2015, Jabatan Pendaftar akan membuka lembaran baru 2015 dengan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendaftar Sempena Tahun Baharu 2015 yang akan diadakan pada 2 Januari 2015 bertenpat di Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori UMS.


Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang turut sama diadakan pada hari tersebut iaitu Majlis Pelancaran E-Pelanggan Jabatan Pendaftar, Majlis Pelancaran Preview Buku Success Story Jabatan Pendaftarm Program Jom Outdoor dan juga Pelancaran Gazebo Pendaftar di UMS Peak.

Warga universiti adalah dipelawa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program yang telah disediakan.

Dikesempatan ini juga, seluruh warga kerja Jabatan Pendaftar ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua dan semoga tahun baharu yang bakal tiba ini akan menjadikan kita lebih berdedikasi dan komited dalam merialisasikan visi dan misi Universiti.

Selamat Tahun Baru 2015!

No comments:

Post a Comment